Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    8 ditahan terlibat penipuan tawaran kerja tidak wujud

    KUALA LUMPUR, 8 FEB – Lapan termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud yang menyasarkan rakyat di United Kingdom.

    Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata kesemua suspek berusia lingkungan 16 hingga 28 tahun ditahan di dua unit kondominium di kawasan Taman Wahyu Jinjang, di sini, Selasa lepas.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang mula aktif sejak Januari tahun ini akan menghantar pesanan ringkas secara rawak melalui aplikasi WhatsApp yang mengandungi pautan iklan pekerjaan dalam talian kepada rakyat di United Kingdom dengan menggunakan nombor telefon negara itu.

    “Setelah mangsa membalas dan menyatakan bahawa berminat dengan tawaran kerja, mangsa diminta untuk mendaftar akaun di pautan ‘Globesailor V88′. Dalam pautan tersebut mangsa diarahkan untuk menyelesaikan tugasan seperti ‘like’ iklan-iklan tertentu dengan pembayaran deposit dalam mata wang kripto USDT.

    “Mangsa ditawarkan komisen sebanyak 0.5 peratus hingga 5 peratus bagi setiap tugasan yang berjaya. Sindiket akan memberikan resit yang telah diubah suai untuk meyakinkan mangsa bahawa pembayaran komisen telah dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

    Ahmad Sukarno berkata sindiket itu dianggarkan mengaut keuntungan sehingga AS$3,000 sehari dan pihaknya akan meneruskan siasatan untuk mengesan sekiranya terdapat saki-baki rangkaian sindiket terbabit yang berpusat di negara ini. – Bernama

    ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari (dua, kanan) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...