Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perlunya semangat kental capai kejayaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Setiap perkara jika ingin dikuasai pasti pelbagai cabaran yang perlu dilalui dan dalam menghadapi cabaran itu perlulah ada semangat kental untuk terus mencapai apa yang diharapkan sehingga berjaya.
     
    Walaupun kerja-kerja melapah dan memotong daging dilihat biasa sahaja tapi sebenarnya ia mempunyai tatacara yang betul dari segi memotong daging untuk pasaran dalam dan luar negara.
     
    “Menimba ilmu dalam bidang butchering selama tiga bulan telah banyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada kami, yang mana kemahiran yang diperolehi ini bukan saja dapat digunakan untuk diri sendiri malah ia juga boleh dijadikan sebagai menjana pendapatan sampingan.”
     
    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Awang Hasrul Aswan bin Haji Ansanawi dari Lumut yang merupakan salah seorang peserta Kursus Butchering 3.0 anjuran Pusat Pembangunan Belia (PPB) semasa ditemu bual pada majlis penyampaian sijil di pusat berkenaan, baru-baru ini.
     
    Menurutnya, beliau memilih kursus berkenaan disebabkan permintaan yang banyak.
     
    Awang Ahmad Wajid (kiri) dan Awang Hasrul Aswan semasa ditemu bual. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Gambar ramai semasa penilaian penyembelihan ayam daripada Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH). – GAMBAR SERAHAN MUHAMMAD BUDRIZ
    Para kursus ketika membuat latihan praktikal di Faidzal Abattoir, Lampaki. – GAMBAR SERAHAN MUHAMMAD BUDRIZ
    Para peserta diajar tatacara melapah sapi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Gambar ramai para peserta Kursus Butchering 3.0 anjuran Pusat Pembangunan Belia, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Seperti di Lumut, kongsinya, untuk mendapatkan daging segar memang sukar dan dari sana dapat dilihat kursus yang diikuti itu berpotensi untuk dijadikan perniagaan.
     
    “Seperti yang diketahui, kursus yang ditawarkan ini memang terhad dan sebaik saja mengetahui adanya tawaran tersebut, saya tidak melepaskan peluang yang ada untuk menimba ilmu dalam bidang ini,” ujarnya.
     
    Dengan kemahiran yang diperolehi, beliau berharap ingin cuba menceburi dan mencari peluang perniagaan di Belait bagi memberi kepelbagaian daging segar di Kuala Belait.
     
    Manakala itu, seorang lagi peserta kursus yang juga merupakan pengurus dan pemilik Syarikat TGB284 Agriculture & Farm, Awang Ahmad Wajid bin Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan pula berkata kursus berkenaan telah memberi banyak manfaat kerana dapat mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan.
     
    “Ini khusus dalam bidang pertanian, penternakan, perikanan malah aspek-aspek halalan tayyiban yang juga turut dikongsikan dan diajarkan semasa kursus,” jelasnya.
     
    Di samping mengikuti kelas teori di pusat berkenaan, mereka juga berpeluang mengikuti kursus secara praktikal di syarikat-syarikat seperti Syarikat Jamahat Haji Liman Abbatoir dan Syarikat Nufaidzal & Anak-Anak.
     
    “Bagi yang tidak pernah menyembelih tapi setelah mengikuti kursus ini telah pandai dan bagi yang tidak tahu cara melapah daging kerbau, sapi atau kambing dan juga ayam, kini sudah boleh melapah,” ujarnya.
     
    Selain didedahkan dengan cara menyembelih dan melapah binatang, mereka juga diajar cara membuat penjualan daging di Butcher Shop Syarikat Nurfaidzal & Anak-Anak.
     
    “Kami juga diajar mengenai ikan, pengendalian dapur dan kelas keusahawanan oleh guru-guru dari PPB dan diberikan ujian menyembelih ayam, ujian memasak dan juga pemerapan,” jelasnya lagi.
     
    Kursus berkenaan juga diharap akan memberi peluang pekerjaan sesuai dengan hasrat Wawasan Brunei 2035 yang memastikan rakyat Brunei berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya, mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi serta ekonomi negara yang dinamik dan berdaya tahan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...