Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    80 peratus pelabur Malaysia tetapkan matlamat kewangan baharu

    KUALA LUMPUR, 21 FEB – Satu tinjauan mendapati bahawa 80 peratus pelabur tempatan telah menetapkan matlamat kewangan baharu khususnya untuk bersara, susulan dengan peningkatan kos ketika ini serta persediaan bagi percutian dan gaya hidup.

    Menurut Wealth Expectancy Report 2022 (Laporan Jangkaan Kekayaan 2022) oleh Standard Chartered, pelabur Malaysia menyatakan bahawa inflasi (40 peratus), ekonomi global yang tidak menentu (28 peratus) dan ancaman kemelesetan (23 peratus) sebagai kebimbangan utama mereka.

    Inflasi yang meningkat (34 peratus), ekonomi global yang tidak menentu (27 peratus) dan kemelesetan (22 peratus) juga merupakan kebimbangan utama bagi pelabur di peringkat antarabangsa, katanya.

    ‘’Untuk mengatasi inflasi, 61 peratus pelabur di peringkat global sedang mencari untuk mengurangkan pegangan tunai mereka berbanding 53 peratus di Malaysia.

    “Standard Chartered menjangkakan bahawa peruntukan tunai global akan jatuh daripada 26 peratus pada 2022 kepada 15 peratus pada 2023 berdasarkan kepada maklum balas pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...