Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    80 peserta sertai Maritime Quest

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Seramai 80 peserta daripada 40 pasukan telah menyertai Maritime Quest yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) dengan sokongan Poni Marine sempena Minggu Maritim Brunei Darussalam (BDMW), baru-baru ini.

    Acara bertemakan maritim mempamerkan kemahiran dan kerja berpasukan para peserta dalam satu siri cabaran menarik bertujuan untuk menggalakkan para peserta mengetahui lebih lanjut tentang industri maritim, aktiviti termasuk peluang kerjaya.

    Pada acara itu para peserta telah dibahagikan kepada dua iaitu pertama, terdiri daripada ibu dan anak, manakala kedua, terdiri daripada guru dan pelajar.

    Pertandingan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang antaranya ialah kursus RAID Open Water Learn to Dive eksklusif untuk dua orang yang ditaja oleh Poni Divers bagi pasukan teratas, di mana ia menawarkan peluang unik untuk meneroka keajaiban bawah air Brunei.

    Di samping itu, terdapat juga pelbagai hadiah lainnya berupa baucar dan barangan daripada vendor yang mengambil bahagian seperti MPABD, BGC, Anson, BV, Seri Kandi, Nasi Lemak, dan KARE sebagai tanda sokongan padu daripada pihak maritim.

    Antara yang menyertai pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN MPABD
    GAMBAR SERAHAN MPABD
    GAMBAR SERAHAN MPABD
    GAMBAR SERAHAN MPABD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda