Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Perkasa pemain sukan boling wanita

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BELAIT, 6 FEB – Dengan matlamat untuk sama-sama memperkasa golongan pemain sukan boling wanita tempatan, Pusat Boling GoStrike Seria telah menganjurkan Perlawanan Boling Terbuka Wanita bertempat di Pusat Tenpin Boling GoStrike Seria Kuala Belait, baru-baru ini.

    Sebanyak 16 orang pemain wanita tempatan termasuklah seorang peserta dari Miri, Sarawak dan tiga orang dari orang kurang pendengaran (OKP) telah menyertai perlawanan tersebut yang telah ditetapkan kepada lima kategori utama.

    Bagi Kategori Belia Wanita 25 Tahun dan ke Bawah, telah dimenangi oleh Dayang Norafiqah binti Noorzain dan diikuti dengan Dayangku Norhazirah binti Pengiran Metusin. Para pemenang bagi Kategori Novis Purata Average 149 dan ke Bawah pula ialah Dayang Nurha binti Eya, Pengiran Mahani binti Pengiran Haji Momin, dan Hajah Ardiah binti Haji Serbini.

    Dayang Fatin Nur Ashikin binti Abu Bakar, Dayang Erny Marni Marsitawati binti Wahid dan Pengiran Hajah Hasimah binti Pengiran Haji Damit telah menyandang hadiah-hadiah bagi Kategori Graded Purata Average 150-179.

    Sementara itu, hadiah-hadiah bagi Kategori Senior Wanita Umur 50 Tahun dan ke Atas telah diperolehi oleh Dayang Nurha binti Eya, Pengiran Hajah Hasimah dan Pengiran Mahani.

    Bagi Kategori Terbuka Wanita telah menyaksikan johan dirangkul oleh Dayang Fatin Nur Ashikin dengan 1607 jatuhan pin; diikuti dengan naib johan dengan 1545 jatuhan pin diperolehi oleh Dayang Erny Marni Marsitawati; dan hadiah tempat ketiga menjadi milik Dayang Nurha dengan 1509 jatuhan pin.

    Manakala Pengiran Hajah Hasimah dengan 1441 jatuhan pin; Pengiran Mahani dengan 1434 jatuhan pin; dan Hajah Ardiah dengan 1431 jatuhan pin; masing-masing membawa pulang hadiah di tempat keempat, kelima dan keenam.

    Antara peserta yang mengikuti perlawanan boling yang diadakan di Pusat Tenpin Boling GoStrike, Seria, Kuala Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN HAJI MOHD YURA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...