Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    9 negara Arab gesa Majlis Keselamatan PBB kuat kuasa gencatan senjata di Gaza

    ANKARA, 27 OKT – Sembilan negara Arab kelmarin menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

    Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.

    Kenyataan itu mengutuk ‘serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa, dan dasar hukuman kolektif’, lapor agensi Anadolu.

    Menteri-menteri terbabit menyeru agar majlis itu ‘mewajibkan pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan mampan, berusaha untuk memastikan akses pantas, selamat dan mampan bagi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan selaras dengan prinsip kemanusiaan’, menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.

    Pada Rabu, majlis itu gagal meluluskan dua resolusi menggesa gencatan senjata di Gaza yang digubal oleh Amerika Syarikat dan Rusia. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...