Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Paderi Sepanyol dera lebih 200,000 kanak-kanak

    MADRID, 27 OKT – Lebih 200,000 kanak-kanak bawah umur dianggarkan telah didera secara seksual di Sepanyol oleh paderi Roman Katolik sejak 1940, menurut laporan sebuah suruhanjaya bebas yang diterbitkan hari ini.

    Laporan tersebut tidak memberikan angka yang tepat, tetapi menyatakan bahawa kajian yang melibatkan lebih daripada 8,000 orang mendapati bahawa 0.6 peratus daripada jumlah orang dewasa Sepanyol, kira-kira 39 juta orang, mengakui bahawa mereka telah menjadi mangsa penderaan seksual oleh ahli paderi ketika mereka masih kanak-kanak.

    Peratusan itu meningkat kepada 1.13 peratus iaitu lebih daripada 400,000 orang, apabila penderaan oleh anggota awam turut diambil kira, kata ombudsman kebangsaan Sepanyol, Angel Gabilondo, pada satu sidang akhbar untuk membentangkan hasil laporan tersebut.

    Pendedahan itu adalah gambaran terbaharu yang menyelubungi Gereja Katolik Rom di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, sering kali melibatkan
    kanak-kanak.

    Namun, berbeza dengan negara-negara lain, di Sepanyol, sebuah negara yang tradisinya beragama Katolik tetapi semakin sekular, dakwaan penderaan oleh ahli kumpulan paderi hanya mula mendapat perhatian dan ia membawa kepada tuduhan oleh mangsa bahawa pihak berkuasa cuba menghalang penyiasatan.

    “Malangnya, selama bertahun-tahun, terdapat hasrat untuk menafikan penderaan atau untuk merahsiakan atau melindungi pelaku,” kata Gabilondo, bekas Menteri Pendidikan.

    Laporan itu mengkritik sikap Gereja Katolik, menganggap tindak balas Gereja terhadap kes-kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan ahli paderi sebagai ‘tidak mencukupi’.

    Ia mencadangkan penubuhan dana kerajaan untuk membayar pampasan kepada mangsa. – AFP

    Angel Gabilondo menyampaikan laporan mengenai siasatan pertama terhadap penderaan kanak-kanak bawah umur dalam Gereja Katolik semasa sidang akhbar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...