Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    971 guna radiologi HDOK Sandakan

    SANDAKAN, 8 Okt – Sejumlah 971 pengunjung menggunakan perkhidmatan Jabatan Radiologi Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan sejak ia dibuka pada 7 Ogos hingga 18 September lepas.

    Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata daripada jumlah itu, 513 orang telah mendapatkan perkhidmatan ultrasound, 432 orang (Perkhidmatan CT Scan), 11 (Mamogram) dan 15 orang (Perkhidmatan Fluroscopy).

    Justeru, Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata kos pembinaan bangunan baru Radiologi HDOK yang menelan belanja sebanyak RM7.6 juta adalah suatu perbelanjaan yang bijak untuk dilaksanakan.

    “Saya berharap dengan Bangunan Radiologi yang baru ini, lebih ramai boleh menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti di Sandakan dan sekitarnya.

    Pada masa sama, HDOK Sandakan diharap akan diberikan lagi lebih perhatian oleh pihak Kementerian Kesihatan dan memberikan lagi pembangunan infrastruktur serta kemudahan bagi menampung peningkatan pesakit,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada perasmian bangunan baru Radiologi itu yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini.

    Terdahulu, Pengarah HDOK Sandakan Dr Francis Paul dalam taklimatnya berkata sepanjang 2017, 97,100 orang mengunjungi Klinik Pakar di hospital itu, 77,024 orang di Unit Kecemasan dan 14,360 orang pesakit rawatan harian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda