Wednesday, December 18, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aaron Aziz perjelas babak pegang ular

    Pelakon Datuk Aaron Aziz teruk menerima kecaman warganet gara-gara tindakannya memegang seekor ular sawa yang didakwa boleh memberi trauma kepada kucing ketika terlibat dalam sebuah penggambaran drama baru-baru ini.

    Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata, tindakan memegang haiwan reptilia itu hanya sekadar lakonan dan menjelaskan ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran ketika babak berkenaan dirakamkan.

    “Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pencinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.

    “Ada 11 orang pakar di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. Ia hanyalah sekadar lakonan sahaja,” katanya.

    Aaron menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya hari ini.

    Sebelum ini menerusi satu hantaran berbeza, pelakon asal Singapura ini menerima kecaman hebat warganet terutama pencinta kucing yang kurang setuju dengan perbuatannya ketika itu.

    Dalam pada itu, Aaron berkata, dia sendiri memelihara kucing di rumah pasti tidak tergamak melihat haiwan itu melalui kesan trauma apabila berada dekat dengan haiwan pemangsa seperti ular. – Agensi

    Aaron tampil menjelaskan situasi sebenar. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda