Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sharnaaz Ahmad minta henti berbalah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad meminta semua pihak berhenti berbalah susulan namanya dikaitkan pengarah Syamsul Yusof ketika kontroversi penyingkiran Datuk Aaron Aziz menerusi filem The Original Gangster.

    Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, semua pihak seharusnya bersikap profesional apatah lagi ketika ini umat Islam sedang beribadah di bulan Ramadan.

    “Personal is personal. Sebagai pengarah, kamu tetap saya sokong dan hormat, Syamsul. Tanpa sangsi. Yang tahu sahaja tahu.

    “Makin banyak bercakap takut terselak kain sendiri. Hormatilah Ramadan, tidak perlu bergaduh,” ujarnya.

    Pada Rabu lalu, Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca utama pelakon asal Singapura itu digugurkan daripada The Original Gangster.

    Syamsul berkata, dua pelakon filem berkenaan iaitu Sharnaaz dan Beto Kusyairy, penerbit dan pasukan koreografer turut tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana maslah kesihatan dialaminya.

    Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, semua pihak terlibat dalam The Original Gangster sudah berhempas pula menyiapkan filem tersebut sehingga banyak perkara terpaksa dikorbankan.

    Jadi adalah tidak adil apabila ada pihak yang mahu memboikot filem tersebut hanya kerana masalah peribadi melanda pengarahnya selain kontroversi melibatkan Aaron. – Agensi

    Sharnaaz turut bersuara isu boikot filem. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...