Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aaron Aziz jumpa Chris Hemsworth

    Impian pelakon Datuk Aaron Aziz untuk bertemu dengan pelakon Chris Hemsworth akhirnya tercapai apabila dia bersama beberapa pelakon dari Malaysia diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipina.

    Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, turut dijemput naik ke pentas bersama aktor Iedil Dzuhrie Alaudin untuk bersalaman dan bergambar dengan Chris dan Sam Hargrave.

    Meluahkan rasa syukur atas peluang bertemu dua aktor hebat itu, Aaron berkata, pertemuan itu adalah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

    Aaron turut memuji kehebatan filem lakonan aktor Hollywood itu yang disifatkan 100 kali lebih baik daripada Fast X.

    “Alhamdulillah, inilah surprise yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik. Aksi lawan gempak gila.

    “Ia 100 kali ganda lebih baik daripada filem Fast X,” katanya.

    Aaron berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, ada dalam kalangan warganet yang menyifatkan peluang Aaron bertemu dua pelakon berkenaan sebagai rezeki selepas namanya digugurkan daripada filem Original Gangster arahah pengarah Syamsul Yusof. – Agensi

    Aaron puji kehebatan filem Extraction 2. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ketua IAEA bimbang aktiviti nuklear semakin meningkat

    TEHRAN, 6 MEI - Ketua badan pemantau atom PBB, Rafael Grossi tiba di Iran hari ini, di mana beliau dijangka berucap pada persidangan dan...