Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Abby Abadi tidak pernah bela, menangkan anak

    Selepas gosip perkahwinan Marissa Dania hangat diperkatakan di media sosial, pelakon Abby Abadi akhirnya tampil menjelaskan beberapa kekeliruan yang timbul berhubung kontroversi pernikahan anaknya itu.

    Memetik kenyataan mStar, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu, bagaimanapun dia berkata sebagai ibu sama sekali tidak pernah membela atau menyokong anaknya sejak isu itu tular.

    “Muktamad, sebagai ibu dari awal timbul isu ini saya tidak pernah bela dan menangkan anak saya.

    “Kalau betul seperti apa yang digembar-gemburkan, Allah sebaik-baik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya,” katanya.

    Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instastory mengulas laporan satu portal menulis dia dan bekas suami iaitu Norman Hakim meminta anaknya dan Aslam berpisah.

    “Mana datang kenyataan ini? Saya tidak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailand, macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula?” ujarnya.

    Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu kepada mStar bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

    Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan umrah. – Agensi

    Khabar pernikahan Marissa di Thailand menerima pelbagai reaksi di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...