Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ABCi adakan program Build Brunei Talk Series

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Dalam usaha berterusan untuk memberikan kefahaman mengenai perkhidmatan berkaitan kawalan kemajuan dan industri pembinaan amnya, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan mengadakan program Build Brunei Talk Series sebagai siri pertama bagi 2024.

    Program yang berlangsung selama empat hari, bermula hari ini di Dewan Indera Pahlawan, ABCi itu dibukakan kepada orang ramai dan pihak industri pembinaan.

    Selain memberikan peluang kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pembinaan mahupun terlibat dalam industri pembinaan untuk membentangkan keperluan-keperluan permohonan mahupun isu-isu semasa yang dihadapi oleh orang ramai, pemilik perniagaan mahupun syarikat-syarikat berkepentingan industri pembinaan.

    Ia juga dihasratkan dapat mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan dan pemain-pemain industri serta memupuk semangat kerjasama, profesionalisme dan muhibah dalam kalangan industri pembinaan.

    Antara tema yang akan dibentangkan adalah isu-isu dalam merancang untuk membina rumah atau bangunan,keperluan-keperluan pembinaan dan keselamatan semasa pembinaan.

    Orang ramai juga boleh mendapatkan pencerahan mengenai proses permohonan yang diperlukan seperti kebenaran kemajuan, Kesiapan Kemajuan (OP) dan pendaftaran Lesen Pembina.

    Maklumat lanjut mengenai program berkenaan boleh didapati melalui Instagram rasmi ABCi, @abcibrunei atau laman sesawang www.abci.gov.bn.

    Suasana program yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan.- GAMBAR SERAHAN ABCI
    Antara yang menghadiri program berkenaan.- GAMBAR SERAHAN ABCI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...