Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    MAG perkenal 12 pesawat baharu 2024

    KUALA LUMPUR, 29 JAN – Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya, yang dijadualkan tiba pada suku ketiga tahun ini.

    Menurut kumpulan itu dalam kenyataan hari ini, ia akan menerima empat pesawat A330neo pada tahun ini, selain lapan Boeing 737-8, untuk menyokong keperluan pertumbuhan rangkaiannya.

    MAG berkata ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Airbus, Rolls-Royce dan Avolon pada Ogos 2022 untuk pembelian 20 pesawat A330neo yang dijadualkan diserahkan sehingga 2028.

    “Sebanyak 10 daripada pesawat tersebut dibeli secara terus daripada Airbus dengan jualan dan perjanjian pajakan balik dengan Avolon manakala baki 10 lagi dipajak terus daripada Avolon,” katanya.

    Menurut kumpulan itu, pesawat A330neo menyediakan kecekapan operasi yang lebih baik kepada kumpulan pesawatnya selain turut membolehkannya memberi tumpuan kepada sasaran alam sekitar dengan menawarkan pengurangan sehingga 25 peratus penggunaan bahan api dan pelepasan.

    Katanya, pembelian tersebut akan menggariskan komitmen kumpulan yang berusaha untuk memodenkan dan meningkatkan standard penawaran perkhidmatannya selain memastikan sokongan untuk pertumbuhan industri penerbangan pascapandemik.

    MAG kini mempunyai 104 pesawat melalui anak syarikatnya Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...