Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bas bawa 36 sukarelawan pascabanjir terbabas

    Dungun, 30 JAN – Sebanyak 36 penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, menempuh detik cemas apabila bas yang dinaiki terbabas di Kampung Jongok Batu, di sini kira-kira 12:30 tengah hari kelmarin.

    Bagaimanapun, kesemua sukarelawan itu yang sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Hulu Dungun, selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

    Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata pemandu bas berkenaan difahamkan menggunakan jalan alternatif yang sempit dan lazimnya digunakan penduduk kampung untuk ke ladang setelah disaran oleh aplikasi navigasi.

    “Bas itu tiba-tiba hilang kawalan disebabkan laluan yang licin akibat lumpur kesan daripada banjir hingga ia terbabas ke bahu jalan dan nyaris terbalik.

    “Keadaan itu memaksa kesemua penumpang keluar melalui pintu kecemasan dan pintu pemandu,” katanya di sini hari ini.
    Beliau berkata sukarelawan IPG itu telah berada di sekitar Hulu Dungun sejak semalam bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir. – Bernama

    Bas yang membawa 64 sukarelawan yang terbabas di Kampung Jongok Batu pada 29 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...