Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ADGMIN ke-4 tingkat sekuriti siber

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha telah menghadiri Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) ke-4 dan Mesyuarat-mesyuarat Rakan Kongsi Pembangunan dan Dialog ASEAN bersama China, Jepun, Republik Korea, India, Amerika Syarikat dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang berlangsung di Republik Singapura pada 1 dan 2 Februari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), di sini, ADGMIN ke-4 yang menbawa tema Building an Inclusive and Trusted Digital Ecosystem telah dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Republik Singapura, Puan Yang Terutama Josephine Teo.

    Perbincangan semasa mesyuarat berkenaan berkisar sekitar urus tadbir kecerdasan buatan (AI), strategi-strategi bagi memerangi penipuan dan keperluan untuk meningkatkan langkah-langkah sekuriti siber.

    Mesyuarat telah menyokong pelan kerja ADGSOM-ATRC 2024 di mana dua projek adalah diterajui oleh Negara Brunei Darussalam iaitu Govstack Iniative ASEAN dan penubuhan Rangkaian Pertukaran Internet ASEAN.

    ADGMIN juga menyokong ASEAN Guide on AI Governance and Ethics, yang menetapkan pendekatan ASEAN kepada pengawalseliaan dan memanfaatkan kuasa AI, ASEAN Regional CERT Financial Model yang membolehkan pengoperasiaan ASEAN Regional CERT, iaitu sebuah inisiatif utama di bawah Strategi Kerjasama Sekuriti Siber ASEAN 2021-2025 dan mengesahkan semula pentingnya untuk memperkukuhkan infrastruktur digital berdaya tahan, pelbagai dan selamat dalam ASEAN.

    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bergambar ramai dengan menteri-menteri ASEAN yang menghadiri ADGMIN ke-4 yang berlangsung di Republik Singapura, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MTIC

    Mesyuarat itu juga mengambil maklum akan perkembangan yang dibuat dalam melaksanakan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM 2025) dan menggalakkan negara-negara anggota ASEAN bagi melaksanakan cadangan-cadangan yang digariskan dalam ADM 2025 Mid Term Review bagi mengukuhkan lagi kemasukan digital serantau dan usaha kesalinghubungan serta membina sebuah ekosistem digital yang dipercayai.

    Dalam bertukar-tukar pandangan berhubungan pembangunan dalam sektor digital di ASEAN, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary mengongsi inisiatif-inisiatif utama daripada Negara Brunei Darussalam khususnya Identiti Digital, Hab Pembayaran Digital dan Hab Maklumat Kebangsaan.

    Yang Berhormat Pengiran Dato juga mengulas mengenai dengan risiko ancaman siber dan penipuan dalam talian dalam landskap ancaman sekuriti siber Brunei.

    Mengenali akan sifat transnasional ancaman siber dan penipuan dalam talian, Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan penubuhan ASEAN Working Group on Anti-Online Scam di mana inisiatif itu membolehkan negara-negara anggota ASEAN bagi menangani isu serius berkenaan secara kolektif melalui penguatkuasaan yang diselaraskan dan perkongsian maklumat.

    Kumpulan kerja berkenaan dijadualkan bagi berjumpa semasa ADGSOM-ATRC Leaders Retreat di Phnom Penh, Kemboja pada bulan hadapan.

    Terdahulu sebelum Mesyuarat ADGMIN ke-4, pegawai-pegawai kanan negara anggota ASEAN telah menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM) ke-4 pada 30 dan 31 Januari lalu di mana Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di MTIC, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim dalam kapasitinya selaku Ketua ADGSOM Negara Brunei Darussalam.

    Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Haji Jailani bin Haji Buntar serta pegawai-pegawai kanan dari MTIC dan AITI.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...