Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pupuk semangat berpasukan dalam Larian Maya SMMHT ke-6

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 4 FEB – Dengan misi untuk menarik minat golongan warga sekolah dan ibu bapa ke arah meningkatkan gaya hidup aktif menerusi sukan riadah dalam kehidupan seharian, Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong (SMMHT) baru-baru ini telah membuka tirai acara Larian Maya SMMHT ke-6.

    Acara larian maya secara berpasukan yang dilaksanakan selama 23 hari bermula 1 Februari lalu itu telah mendapat sambutan baik dengan penyertaan 17 pasukan. Setiap pelari dalam sebuah pasukan diwajibkan melakukan kegiatan larian sekurang-kurangnya 100 kilometer.

    Dalam cabaran berkenaan, peserta ditetapkan membuat larian dalam kawasan sekolah manakala itu, menggunakan treadmill adalah tidak dibenarkan. Para peserta juga diperlukan bagi menggunakan aplikasi Strava sepanjang mengikuti cabaran.

    Sebagai langkah keselamatan bersama, mereka yang mengikuti cabaran itu juga disarankan supaya sentiasa menitikberatkan kesihatan diri terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti larian.

    Dalam pada itu, tiga pasukan pertama yang terlebih dahulu menyelesaikan 400 kilometer dalam 23 hari akan menerima hadiah.

    Dengan adanya cabaran sihat berkenaan, ia diharap akan dapat terus meningkatkan semangat berpasukan secara positif sambil sama-sama menuju ke arah masyarakat yang sihat baik dari segi fizikal mahupun mental.

    Antara yang mengikuti acara Larian Maya SMMHT ke-6. – GAMBAR SERAHAN SMMHT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...