Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Adik Cha Eun Woo jadi perhatian warganet

    Adik kepada pelakon dan penyanyi, Cha Eun Woo tiba-tiba menjadi perhatian di media sosial selepas foto wajah kacaknya tersebar.

    Tidak hanya wajah kacak, hasil carian turut mendapati jejaka berkenaan merupakan seorang yang pintar dalam bidang akademik.

    Dilahirkan pada 1999, pemuda berusia 24 tahun itu dilaporkan sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

    Menerusi kad pelajar yang tersebar di platform media sosial, Xiaohongshu, Lee (nama keluarga Eun Woo) merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Fudan, China.

    Antara sembilan universiti terbaik di China, warganet memuji adik anggota kumpulan Astro itu yang dikatakan mempunyai latar pendidikan cemerlang dan mengagumkan.

    Malah warganet turut membuat perbandingan sejarah akademik Eun Woo yang sebelum itu pernah menjadi ketua pelajar dan ketua kelas selama beberapa tahun.

    Malah ketika di sekolah menengah, Eun Woo juga merupakan ketua pasukan bola sepak dan bola keranjang.

    Tidak hanya aktif dalam bidang sukan, penyanyi lagu Love So Fine itu juga merupakan pelajar cemerlang Bahasa Inggeris yang sering menyertai aktiviti intelektual seperti pertandingan debat.

    Memetik laporan mStar, warganet membuat kesimpulan, adik-beradik Eun Woo bukan sahaja kacak tetapi mereka juga mempunyai otak yang cerdas dan bijak. – Agensi

    Adik Eun Woo (kiri) bukan sahaja kacak tetapi bijak. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...