Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Adik libas abang dengan pisau ditahan

    KUALA LUMPUR, 9 FEB – Seorang kelindan lori ditahan kerana disyaki mencederakan abangnya menggunakan pisau di rumah mereka di Bandar Baru Ampang di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata polis menahan lelaki berusia 20 tahun itu di Bandar Baru Ampang pada 9:50 malam serta merampas sebilah pisau sepanjang 30 sentimeter.

    Beliau berkata polis menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan terdapat kejadian pergaduhan adik-beradik pada 9:14 pagi.

    “Siasatan awal mendapati mangsa telah bertengkar dengan suspek berpunca daripada masalah kewangan sehingga suspek bertindak mengambil sebilah pisau dan melibas ke arah kaki mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata mangsa yang berumur 25 tahun dibawa ke Hospital Ampang dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka torehan pada betis dan siku kanan. 

    Mohd Azam berkata hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah namun mempunyai dua rekod kesalahan jenayah lampau.

    Lelaki itu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- Bernama

    Gambar hiasan Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...