Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Adik PM S’pura dakwa kerajaan aniaya keluarga

BANGKOK, 3 MAC – Adik kepada perdana menteri Singapura menuduh pihak berkuasa kerajaan menganiaya keluarganya selepas dia dan isterinya diletakkan di bawah siasatan rasmi.

Lee Hsien Yang sekian lama berselisih dengan abangnya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berhubung wasiat mendiang bapa mereka, Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.

Pertelingkahan keluarga itu sebahagian besarnya sudah reda sehinggalah Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Teo Chee Hean memberitahu penggubal undang-undang bahawa Lee Hsien Yang dan isterinya, Lee Suet Fern, sedang disiasat.

Dalam jawapan bertulis kepada parlimen yang diterbitkan kepada umum kelmarin, dia berkata kedua-dua mereka sedang disiasat atas dakwaan memberikan keterangan palsu dalam prosiding kehakiman mengenai wasiat tersebut.

Mereka didakwa sumpah bohong oleh tiga orang panel hakim dan tribunal tatatertib.
Chee Hean memberitahu parlimen bahawa kedua-dua mereka bersetuju untuk dirakan keterangan oleh polis tetapi kemudian menolak. – AP

Gambar bertarikh 29 Mac 2015 menunjukkan ahli keluarga mendiang Lee Kuan Yew ketika majlis pengebumian negara di University Culture Center, Singapura.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -