Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Sri Pahang cipta kemenangan

KUANTAN, 3 MAC – Keupayaan Sri Pahang FC menguasai bahagian tengah dan hadapan, membuka ruang buat mereka mencipta kemenangan 4-1, sekali gus mengutip tiga mata berharga ketika bertemu

Kelantan FC, pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata penguasaan menyeluruh pada babak pertama itu, kerana kombinasi yang baik antara barisan tengah dan hadapan skuad kendaliannya.

“Saya telah menukar posisi Nor Azam Azih daripada bahagian tengah kepada penyerang kedua bagi membantu Kpah Sherman di bahagian hadapan, Sergio Aguero pula diletakkan di sebelah kanan.

“Kombinasi ini amat baik, kerana ia banyak membuka ruang untuk pemain menghasilkan gol selain kita mampu melakukan hantaran cantik, bagi menembusi kubu Kelantan,” katanya pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Makmur, di sini.

Bagaimanapun, Fandi berkata rentak permainan skuad Tok Gajah kembali merudum pada minit ke-70, berikutan tonggak utama mereka belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan.

Sementara itu, pengendali Kelantan FC, Choi Moon Sik mengakui beliau cuba menerapkan taktikal yang baik dalam pasukan pada separuh masa pertama, namun gawang mereka bolos empat gol sehingga menyukarkan situasi untuk bangkit. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -