Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kedai tawar aiskrim perisa cengkerik

    BERLIN, 3 MAC – Sebuah kedai aiskrim Jerman telah mengembangkan menunya dengan menawarkan aiskrim berperisa cengkerik dengan cengkerik kering di atasnya.

    Campuran luar biasa ini boleh diperoleh di kedai Thomas Micolino di selatan bandar Rottenburg am Neckar, Jerman, lapor agensi berita Jerman dpa semalam.

    Micolino mempunyai tabiat membangunkan perasa unik berbeza daripada aiskrim berperisa biasa strawberi, coklat, pisang dan vanila.

    Sebelum ini, beliau menawarkan sosej hati dan ais krim keju Gorgoncola serta ais krim bersadur emas dengan harga 4 euro (AS$4.25) satu skup.

    “Saya mempunyai personaliti yang ingin tahu dan ingin mencuba segala-galanya,” beritahu Micolino kepada dpa. “Saya telah memakan banyak makanan, termasuk makanan yang pelik, dan cengkerik adalah sesuatu yang ingin saya cuba, juga dalam bentuk aiskrim.”

    Thomas Micolino memegang kon aiskrim di Rottemburg am Neckar, Jerman pada 1 Mac 2023. – AP

    Kejayaannya menghasilkan perisa cengkerik adalah disebabkan peraturan Kesatuan Eropah (EU) yang membenarkan penggunaan serangga dalam makanan.

    Di bawah peraturan itu, cengkerik boleh dibekukan, dikeringkan atau digunakan sebagai serbuk. EU telah pun membenarkan belalang juta dan larva kumbang tepung digunakan sebagai bahan tambah makanan, lapor dpa.

    Aiskrim Micolino dibuat daripada tepung cengkerik, krim, ekstrak vanila dan madu, ditambah cengkerik kering di atasnya. Ia mempunyai rasa enak, seperti yang ditulisnya di Instagram.

    Peniaga kreatif itu berkata sementara orang meluat malah susah hati dengan aiskrim serangganya, pelanggan yang ingin tahu kebanyakannya suka perisa baharu itu.

    “Mereka yang mencubanya berasa amat teruja,” kata Micolino. “Saya mempunyai pelanggan yang datang ke sini setiap hari dan membeli satu skup.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...