Thursday, December 5, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adira hadiahkan madu gelang tangan

    Penyanyi, Adira Suhaimi membuat kejutan meraikan ulang tahun kelahiran madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

    Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Adira, 32, dilihat mengunjungi kediaman Datin Red dengan membawa kek dan jambangan bunga.

    Malah, penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu juga turut menghadiahkan seutas gelang tangan kepada madunya itu.

    “Selamat hari ulang tahun kelahiran kakak sayang. Tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah, datang awal sehari sebab esok takut tak sempat singgah,” katanya.

    Sementara itu, Datin Red menerusi Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada Adira kerana datang ke rumah untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

    Adira beri kejutan buat Datin Red. – Agensi

    “Saya tak nak kata apa. Tiba-tiba kata nak datang rumah. Tiba-tiba kata OTW (on the way). Sebenarnya hari ini saya burnout gila. Tiba-tiba Allah hantarkan aku orang yang baik.

    “Terima kasih sudah bersabar menjadi adikku. Maafkanlah kakakmu ini yang banyak kekurangan. Adira terima kasih tak tahu nak balas macam mana kebaikan awak,” ujarnya.

    Kedua-dua mereka dilihat sangat mesra sambil Adira menyuapkan kek kepada Datin Red.

    Malah, Datin Red turut dilihat mengalirkan air mata terharu dengan kedatangan penyanyi itu.

    Untuk rekod, perkahwinan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu mempunyai lima orang cahaya mata.

    Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda