Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adira nafikan duduk bersama bekas suami

    Penyanyi Adira menyangkal fitnah kononnya dia bersekedudukan dengan bekas suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu walaupun sudah bercerai April lalu.

    Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, sebaliknya menjelaskan Adnan kerap muncul dalam video siaran langsungnya semata-mata membantu jualan perniagaan diusahakan mereka. Malah jelas Adira, sekiranya Adnan atau Datuk Red datang ke rumah kebiasaannya akan ada orang lain dan bukannya berdua-duaan.

    “Saya masih ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah! Kalau live bersama pun akan ada orang lain. Dalam rumah saya ada 16 orang semuanya! Jangan risau selamat.

    “Saya faham orang akan bercakap tetapi niat saya hanya membantu jualan sahaja atau muncul sekejap bila dia datang ke rumah jumpa anak-anak. Kena tengok live saya dari awal sampai akhir baru faham,” katanya kepada mStar.

    Adira menjelaskan perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media konsert A Night With Sumandak Stars yang berlangsung di Kuala Lumpur kelmarin.

    Dalam pada itu, Adira menjelaskan dia dan Adnan memilih meneruskan hubungan baik demi anak-anak mereka. Malah kata Adira, dia juga meletakkan soal jodoh dengan Adnan di tangan Allah namun tidak terlalu memikirkan perkara tersebut.

    “Kami memilih untuk tetap teruskan hubungan baik sebab banyak perkara yang tak perlu saya ceritakan dan demi anak-anak. Jika ada jodoh maka adalah. Jika tiada pun tidak mengapa,” katanya.

    Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan sah bercerai pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. – Agensi

    Adira dan Adnan saling menyokong perniagaan masing-masing. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda