Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Afifah Nasir bakal timang anak lelaki

    Pelakon Malaysia, Afifah Nasir berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata lelaki.

    Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, berkata dia dan suami iaitu Syed Hariz sudah lama mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki.

    Katanya, dia dan suami tidak menyangka apabila doa dipanjat mereka dimakbulkan Allah SWT.

    “Subhanallah, sangat indah dan menyentuh hati bila difikirkan. Memang menakjubkan bagaimana Allah mendengar walaupun hanya bisikan dalam hati.

    “Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan,” katanya.

    Afifah (kanan) bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata lelaki. – mStar

    Afifah berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya kelmarin.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik, Afifah berkongsi video sekitar majlis pengumuman jantina atau gender reveal untuk anak pertamanya baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Afifah bersyukur apabila perjalanan hidupnya bersama suami berjalan lancar.

    Katanya, sebelum ini mereka hanya fokus kepada kehidupan berdua namun kini teruja menyambut anak lelaki yang bakal lahir.

    Pada Mei lalu, Afifah berkongsi khabar gembira apabila dia kini berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga.

    Untuk rekod, Afifah selamat mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda