Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Afifah Nasir kini jadi isteri Syed Hariz

    Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya iaitu Syed Hariz pada petang Ahad.

    Memetik laporan mStar, berita gembira itu disahkan sendiri oleh bapa Afifah iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang memberitahu majlis pernikahan diadakan secara tertutup.

    “Alhamdulillah baru selesai tadi, saya sendiri menjadi wali pernikahan anak saya.

    “Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Nasir memberitahu Afifah dan Hariz disatukan sebagai suami isteri sekitar pukul 4 petang Ahad di sebuah hotel terkemuka di ibu negara manakala majlis resepsi diadakan di lokasi sama pada sebelah malam.

    Pada majlis tersebut kata Nasir, Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 31, menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

    Dalam pada itu, Nasir menyifatkan menantunya itu adalah lelaki tepat buat anak perempuannya kerana mereka mempunyai keserasian yang sangat baik.

    Sebagai bapa kata Nasir, beliau yakin Hariz mampu membimbing dan menjaga anaknya dengan sempurna.

    “Apabila anak perempuan berkahwin rasa ringan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa.

    “Insya-Allah saya yakin dengan pilihan Afifah dan mereka ada keserasian yang baik malah sebagai bapa saya percaya Hariz dapat menjaga anak saya dengan baik,” katanya.

    Pada Februari lalu, Afifah berkongsi di Instagram miliknya yang memperlihatkan beliau dilamar Hariz sambil berlatar berlakang sebuah pesawat.

    Pasangan ini kemudiannya melangsungkan majlis pertunangan pada bulan yang sama. – Agensi

    Afifah dan Hariz sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...