Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Jodoh Afifah Nasir dekat tetapi tidak disedari

    Pelakon Malaysia, Afifah Nasir mendedahkan suaminya iaitu Syed Hariz merupakan abang kepada sahabat baik yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu.

    Memetik laporan mStar, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 31, berkata, beliau tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Hariz yang disifatkan sebagai jodoh di depan mata.

    Ceritanya, mereka dipertemukan sendiri oleh sahabatnya iaitu Alya ketika mereka sama-sama pergi menonton sebuah konsert.

    “Anda tidak akan pernah menyangka anda akan bertemu dengan jodoh. Bagi saya, jodoh saya sebenarnya berada dekat tapi saya tidak pernah mengetahuinya.

    “Sehinggalah kami bertemu di sebuah konsert… Terima kasih kepada sahabat baik saya Alya. Saya sudah berkawan dengannya selama 10 tahun,” katanya.

    Afifah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instastory milik Alya.

    Dalam pada itu, Afifah memberitahu ketika bertemu di konsert, keserasian di antara mereka wujud dan hubungan itu menjadi rapat sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri.

    Katanya, walaupun sebelum ini beliau mengetahui tentang kewujudan Hariz namun tidak pernah terlintas untuk berkenalan dengannya.

    “Saya tahu dia mempunyai seorang abang tetapi tidak pernah terlintas untuk berkenalan dengannya sehinggalah kami bertemu di konsert.

    “Selepas itu mula timbul rasa serasi dan berkawan rapat dan akhirnya kini saya berdiri di sebelah lelaki idaman saya,” ujarnya.

    Pada Ahad lalu, Afifah selamat bergelar isteri kepada Hariz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

    Berita gembira itu disahkan sendiri oleh bapa Afifah iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang turut menikahkan pasangan tersebut.

    Pada majlis tersebut, Afifah menerima mas kahwin sebanyak RM3,000 tunai berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

    Pada Februari lalu, Afifah berkongsi di Instagram miliknya yang memperlihatkan beliau dilamar Hariz sambil berlatar belakang sebuah pesawat.

    Pasangan ini kemudiannya melangsungkan majlis pertunangan pada bulan yang sama. – Agensi

    Afifah tidak menyangka jodoh beliau sebenarnya berada di depan mata. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...