Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Agong zahir impian menelusuri LPB

    KUALA LUMPUR, 13 FEB – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (gambar-Bernama) menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah dan Sarawak.

    Seri Paduka melahirkan rasa sukacita prestasi dengan pelaksanaan projek Fasa 1 LPB di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

    “Adalah menjadi impian Beta untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ini, khusus untuk Beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat Beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

    “Program kembara ini sedang dirangka Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak,” titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

    Selain memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam melalui kemampanan sektor pembinaan, Al-Sultan Abdullah bertitah usaha membangun dan memperkasa ekonomi di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat.

    Al-Sultan Abdullah bertitah pembangunan Kompleks Mahkamah di Sabah dan Sarawak juga wajar diberikan perhatian bagi memperkasa pentadbiran undang-undang.

    “Infrastruktur berkualiti dan perhubungan akses luar bandar akan ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...