Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Ahli BUSA kenali lebih dekat Bat Cave

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Kira-kira 28 orang ahli Persatuan Brunei-Amerika Syarikat (BUSA) telah mengadakan lawatan ke Makmal Penyelidikan Sains dan Teknologi UBD-VT di Universiti Brunei Darussalam (UBD) untuk melihat lebih dekat Bat Cave, baru-baru ini.

Gua kelawar berkenaan merupakan inisiatif penyelidikan kerjasama antara UBD dan Virginia Tech (VT), yang berfungsi untuk memanfaatkan sumber biodiversiti dengan mengubahnya menjadi bio-inspirasi kejuruteraan dalam teknologi digital.

Sejurus tiba di pusat itu, rombongan dialu-alukan oleh Dekan Fakulti Teknologi Bersepadu (FIT), UBD, Dr Juliana binti Haji Zaini.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam, Jeffrey Barrus dan Presiden BUSA, Dayang Salimah binti Haji Saim.

Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pengarah Pusat Sains dan Teknologi Bio-inspirasi (BIST) VT, Dr Rolf Mueller yang mengetuai projek itu menyampaikan taklimat kepada rombongan tentang penyelidikan menggunakan teknologi terkini.

Pengerusi BUSA-Politeknik Brunei (PB), Dayang Nur Aneesa Harziah Adriana binti Mohd Hadi berkata lawatan itu meluaskan lagi pengetahuan saintifiknya.

Makmal Penyelidikan Sains dan Teknologi UBD-VT dilengkapi dengan perkakas berkuasa tinggi dan unik. – Gambar serahan BUSA
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -