Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kumpulan SSR meriahkan Karnival Bukit Sawat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Dalam sama-sama memeriahkan lagi Karnival Bukit Sawat 2022, baru-baru ini, ahli Santai-Santai Riders (SSR) dari Daerah Tutong telah mengadakan aktiviti riadah kayuhan sejauh 20 kilometer.

    Kayuhan bermula dari kawasan Kampung Sungai Liang menuju ke Taman Riadah Sungai Mau yang merupakan lokasi acara karnival anjuran Majlis Perundingan Kampung Bukit Sawat dengan sokongan Jabatan Daerah Belait bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Ahli SSR kemudian menamatkan aktiviti riadah berbasikal dengan kembali ke kawasan Kampung Sungai Liang.

    Kayuhan berkenaan juga diadakan sebagai usaha berterusan untuk mengekalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah berbasikal.

    Salah seorang ketua pasukan daripada Kumpulan SSR, Haji Mohammed bin Haji Mohd Zainal berkata bahawa dengan adanya kegiatan sihat seumpama itu, kumpulan berkenan akan lebih giat aktif mengikuti acara riadah bukan sahaja di Negara Brunei Darussalam tetapi juga di negara jiran.

    Selain daripada mempamerkan semangat kesukanan, aktiviti riadah berbasikal berkenaan bertujuan untuk memupuk gaya hidup yang lebih sihat di kalangan ahli SSR.

    Ahli Santai-Santai Riders bergambar ramai bersama pengunjung Karnival Bukit Sawat. – Gambar serahan SSR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...