Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ahli PERWIRA berlepas ke Malaysia

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Rombongan Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) pada 20 Januari lalu telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi lawatan muhibah selama empat hari atas jemputan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan berkenaan ialah Timbalan Yang Di-Pertua PERWIRA, Ketua Cawangan Daerah Brunei dan Muara dan ahli-ahli Urus Setia Pejabat Setiausaha Agung PERWIRA.

    Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Di-Pertua, Leftenan Kolonel (B) Ramli bin Haji Abdul Hadis dan disertai oleh Mantan Yang Di-Pertua, Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) DPS Haji Shari bin Ahmad dan isteri, setiausaha agung, bendahari agung dan seorang ahli Jawatankuasa Kerja Cawangan Daerah Belait.

    Lawatan merupakan satu kegiatan VECONAC Interaction Program (VIP) yang bertujuan bagi mengeratkan hubungan dua hala antara ahli Pertubuhan-pertubuhan Veteran Negara-negara ASEAN (VECONAC)

    Ahli PERWIRA bergambar ramai bersama Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) DPS Haji Shari dan Datin sebelum bertolak ke Malaysia. – GAMBAR SERAHAN PERWIRA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...