Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ahli politik antara 2 ditembak mati di India

    NEW DELHI, 26 FEB – Sekurang-kurangnya dua individu termasuk seorang pemimpin politik di negeri Haryana, utara India ditembak mati manakala beberapa anggota keselamatan cedera dalam insiden tembakan kelmarin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

    Kejadian berlaku di bandar Bahadurgarh, Haryana kira-kira 40 kilometer dari ibu negara India, New Delhi.

    Nafe Singh Rathee, bekas penggubal undang-undang dua kali di Haryana dan presiden parti Indian National Lok Dal (INLD) yang berpangkalan di negeri itu, sedang menaiki kenderaan utiliti sukan miliknya bersama anggota keselamatan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.

    Menurut polis tempatan, Rathee maut di tempat kejadian manakala seorang pekerja parti INLD meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

    Beliau berkata beberapa anggota keselamatan yang mengiringi Rathee turut cedera dalam kejadian itu. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...