Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Aiman dan Zahirah bakal timang anak perempuan

    Menjelang kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah MacWilson mengadakan majlis gender reveal bagi mendedahkan jantina anak damit dalam kandungannya itu.

    Memetik laporan mStar, Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, memaklumkan beliau dan suami yang juga aktor Aiman Hakim Ridza bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

    “Ianya bayi perempuan! Alhamdulillah,” katanya.

    Perkara itu dikongsi Zahirah melalui satu klip video yang dimuat naik di Instagram pada malam Rabu.

    Menerusi video tersebut, ahli keluarga dan rakan pasangan itu berkumpul meraikan majlis berkenaan.

    Malah Aiman dilihat teruja saat mengumumkan jantina anak damit mereka.

    Sehubungan itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga urusan kelahiran itu dipermudahkan.

    Sebelum ini, Aiman, 35, memberitahu ragam Zahirah semasa mengandungkan anak kedua agak berlainan berbanding sebelum ini.

    Katanya, Zahirah tidak terlalu menjaga pemakanannya selain lebih menyukai makanan Melayu.

    Bahkan berat badan aktres itu naik mendadak sehingga 10 kilogram.

    Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun. – Agensi

    Zahirah dan Aiman bakal timang anak kedua. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...