Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aiman Hakim bagi ucapan untuk isteri

    Perkongsian video ucapan hari lahir dibuat pelakon Aiman Hakim Ridza kepada isterinya iaitu Zahirah Macwilson menarik perhatian warganet di laman Instagram.

    Mengakui sibuk dengan pelbagai urusan kerja sejak kebelakangan ini, Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 35, berkata dia tetap mencari masa meraikan hari penting isterinya itu.

    “Beberapa bulan ni memang hectic dan sibuk sangat. Dari shooting, renovation sampai setting projek kami yang seterusnya.

    “Otak saya sibuk dengan berjuta-juta perkara, sampai jalan balik rumah pun boleh silap.

    Malah sewaktu hari kelahiran awak (Zahirah) pun kami masih sibuk dengan kerja.

    Zahirah semak grammar Aiman sebelum muat naik di Instagram. – mStar

    “Ia mungkin bukan sambutan yang terbaik untuk hari lahir seperti kebiasaan tetapi satu perkara yang pasti kami mempunyai satu sama lain. Ia akan menjadi kenangan bahawa kita akan bersembang apabila kita tua. InsyaAllah,” katanya.

    Dalam perkongsiannya itu juga Aiman turut menitipkan doa agar isterinya itu dipanjangkan umur dan dirahmati sentiasa, kongsi mStar.

    “Apa pun saya mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-29 to this amazing woman. I love you dan terima kasih kerana hanya menjadi awak. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati,” ujarnya.

    Sementara itu, Zahirah menerusi ruang komen turut menyatakan rasa cintanya kepada suami dan berjanji untuk melakukan terbaik dalam hubungan mereka.

    Malah, dia sempat berseloroh memberitahu Aiman sempat memintanya menyemak kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu sebelum dimuat naik di Instagram. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...