Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Air mata Norman Hakim gugur, sudah lama maafkan Marissa

    Kasih Norman Hakim terhadap anak perempuannya iaitu Marissa Dania jelas terpancar apabila air mata pelakon itu tumpah ketika melakonkan sebuah video pendek hari raya bersama.

    Memetik laporan mStar, menerusi klip video berdurasi tiga minit itu, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, turut memeluk erat Marissa dan menyatakan kerinduan terhadap anak perempuannya itu.

    Lebih menyayat hati apabila Norman berkongsi paparan video tulisan milik Marissa ketika kecil yang disimpan di dalam telefon.

    “Tiap kali Papa rindukan adik (panggilan Marissa), Papa akan buka video ini.

    “Adik selalu doa supaya dosa Papa bagi dekat adik. Pahala Adik bagi dekat Papa sebab adik sayang Papa,” katanya.

    Dalam pada itu, Marissa juga menangis ketika bersalaman dengan Norman serta memohon maaf di atas segala kesilapan yang pernah dilakukan.

    “Adik nak minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” ujarnya.

    Balas Norman, beliau sudah lama memaafkan apa sahaja dosa atau kesilapan yang pernah dilakukan anak perempuannya itu.

    “Tiada apa yang Papa nak maafkan. Papa dah lama maafkan adik,” jelasnya.

    Klip video berkenaan menjadi tular di aplikasi TikTok pada petang kelmarin.

    Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen berpendapat Norman tidak dapat menahan sebak kerana gagal menjadi wali pada Marissa.

    “Mahu tak sedih, ayah masih hidup tapi tak boleh walikan anak,” tulis netizen.

    Pun begitu, Marissa turut menerima kecaman netizen selepas dilihat tersenyum sewaktu bapanya sedang menangis.

    “Ayah sedih, anak gembira sahaja, tiada rasa bersalah.

    “Betul keras hati Marissa ni, Norman menangis dia boleh senyum lagi. Kalau aku belum apa-apa dah meraung,” ujar netizen di ruangan komen.

    Sebelum ini, Marissa mencetuskan kontroversi apabila didakwa melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand dengan lelaki status suami orang iaitu Ahmad Aslam.

    Apa membuatkan netizen marah, pasangan itu berkahwin ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.

    Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.

    Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

    Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. – Agensi

    Norman gagal menahan sebak sewaktu bertemu dengan Marissa. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...