Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Bina masyarakat berdaya tahan bencana

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Pemimpin masyarakat atau akar umbi di Negara Brunei Darussalam disarankan untuk sama-sama memainkan peranan dan terlibat secara aktif membantu pihak kerajaan dalam pengurusan bencana bagi membina masyarakat yang berdaya tahan bencana.

    Dalam hubungan itu, Program Pemimpin Masyarakat memberikan peluang kepada para peserta menimba ilmu dengan lebih dalam sebagai usaha sama untuk mengurangkan risiko bencana di negara ini, ulas Ketua Kampung Menengah, Awang Mohamad Aiman bin Haji Ali ketika menyampaikan ucapan penutup selaku wakil peserta program pada Majlis Penutup Program Pemimpin Masyarakat yang berlangsung di Dewan Auditorium CAE Brunei MPTC, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta program ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengarah NDMC serta para pegawai kanan dan kakitangan dari NDMC dan agensi-agensi berkenaan.

    Dalam ucapannya lagi, Awang Mohamad Aiman berkata, program dua hari itu, banyak memberikan maklumat baharu dan peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar idea serta gaya pemikiran yang berbeza semasa pembentangan yang dilaksanakan dengan pegawai-pegawai yang dijemput dan semasa perbincangan sesama peserta.

    Beliau turut menyatakan harapan program seumpama itu akan kerap diadakan pada masa mendatang dalam sama-sama memperoleh impak positif daripadanya.

    Terdahulu semasa majlis berkenaan, Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi berpeluang menyaksikan tayangan video aktiviti para peserta sepanjang program dijalankan terutama aktiviti semasa Bengkel Pertukaran Ilmu dan Sesi Dialog bersama para panel jemputan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada seramai 29 orang peserta dan sijil penghargaan kepada fasilitator program yang disempurnakan oleh Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi.

    Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program pada majlis yang diadakan di Dewan Auditorium CAE Brunei MPTC, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI - Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan...