Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Air mata Siti tak henti mengalir

    Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyentuh hati pengikut media sosial apabila berkongsi momen sedih menerusi perbualan bersama anak sulungnya, Siti Aafiyah mengenai nasib yang menimpa penduduk Palestin di bumi Gaza.

    Menerusi perbualan singkat yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Siti yang mengenakan telekung dengan mata sembab akibat menangis turut meminta Aafiyah untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penduduk bumi Anbia yang ketika ini menjadi mangsa kekejaman tentera Israel itu.

    “Aafiyah kena doa kat Palestin banyak-banyak okey. Kita kena doakan kat orang Palestin di Gaza semua. Faham?,” ungkap Siti dalam nada sebak sambil memeluk permata hatinya itu.
    Seakan memahami kesedihan di hati Siti, permintaan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu disambut baik Aafiyah sambil mengesat air mata yang berlinangan di pipi ibunya.

    Menerusi entri lain, Siti juga gagal menahan sebak apabila berkongsi foto wajah duka dua kanak-kanak yang berpelukan dengan berlatar belakangkan bangunan yang musnah akibat dibom.

    Mengiringi hantaran itu, pemenang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 itu mengakui hatinya hancur setiap kali melihat kesengsaraan yang dialami warga Palestin ekoran konflik yang berlaku.

    “Setiap kali tengok posting tentang keadaan berlaku di Palestin, setiap itulah hati saya rasa hancur. Air mata ini dah tumpah tak kira masa.

    “Doa untukmu saudaraku tak pernah berhenti. Selagi ada daya saya dan bantuan semua rakyat Malaysia, saya akan salurkan buat saudaraku di sana.

    “Jom bantu dana buat mereka dan jangan berhenti berdoa. Tolong ya,” tulisnya. – Agensi

    Hati Siti hancur setiap kali melihat kesengsaraan yang dialami penduduk Palestin ekoran konflik yang berlaku. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...