Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mawar pilih untuk bersendirian

    Pelakon Mawar Rashid bertindak memadam semua foto yang memperlihatkan dia tidak menutup aurat di Instagram miliknya selepas mengumumkan tidak lagi bertudung pada 10 Oktober lalu.

    Mawar atau Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata, dia juga ketika ini memilih untuk menjauhkan diri daripada semua orang termasuk ahli keluarganya sendiri.

    Malah dia lebih selesa berkongsi segala perkara dengan pakar terapi yang merawatnya.

    “Saya minta maaf saya masih tidak boleh beri apa-apa maklum balas kepada sesiapa. Saya minta maaf kepada keluarga, rakan dan wartawan. Terima kasih keluarga dan rakan sebab selalu ada dengan saya.

    “Tetapi saya sendiri memutuskan hubungan saya dengan segala-galanya dan semua orang.

    “Saya hanya bercakap dengan ahli terapi saya buat masa sekarang atau mungkin selama-lamanya,” kongsinya.

    Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi perkara itu menerusi Intsa Story miliknya baru-baru ini.

    Sementara itu, usaha mStar mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu gagal selepas Mawar tidak membalas WhatsApp atau panggilan yang dibuat kepadanya. – Agensi

    Mawar lebih selesa berkongsi segala perkara dengan pakar terapi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...