Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aisha Retno tepis persepsi buruk

    Susuk tubuh penyanyi Aisha Retno kelihatan kurus dan wajahnya cengkung mendadak mengundang persepsi negatif sehingga dituduh mengambil barang terlarang untuk kelihatan cantik.

    Mungkin bagi sesetengah orang, itu adalah satu tuduhan melampau kerana membabitkan maruah, namun Aisha memilih bersikap tenang dan enggan ambil pusing dengan apa yang diperkatakan.

    Bagi Aisha atau nama sebenar, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, perubahan fizikal yang ketara termasuk wajahnya cengkung berpunca daripada rejim diet dijalankan, sejak akhir tahun lalu.

    Pada masa sama, penyanyi berdarah kacukan Melayu-Indonesia ini menjelaskan, penurunan mendadak pada berat badannya mungkin disebabkan kurang selera makan kerana memakai pendakap gigi.

    Justeru, Aisha berharap tidak timbul lagi tuduhan ambil barang terlarang kerana secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kepercayaan peminat dan menimbulkan persepsi buruk terhadapnya.

    Aisha menjelaskan penurunan mendadak pada berat badannya mungkin disebabkan kurang selera makan kerana memakai pendakap gigi. – mStar

    Aisha berkata, tidak sepatutnya menuduh seseorang mengambil barang terlarang hanya kerana kelihatan kurus dan cengkung.

    “Sejak dapat melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-38 akhir tahun lalu saya semakin menjaga pola pemakanan. Secara kebetulan, saya juga memakai pendakap gigi.

    “Saya kurang selera makan sehingga beri kesan yang agak ketara dan wajah pula kelihatan cengkung. Tetapi, ia bukanlah bermakna saya ambil barang terlarang.

    “Apabila didakwa perubahan ini disebabkan ambil bahan terlarang, saya kena jelaskan. Saya tak mahu tuduhan ini membuatkan orang lain percaya,” katanya kepada BH Online.

    Aisha berkata, dia hanya menjelaskan perkara sebenar ketika disoal mengenai penurunan berat badannya.

    “Tak ada ambil apa-apa pun, saya okay sahaja. Mungkin kesan daripada kurang makan kerana saya memakai pendakap gigi,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda