Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aishah tuntut hadiah GV4

    Penyanyi tersohor Datuk Aishah meluahkan rasa hampa dan kecewa kerana masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program reality nyanyian, Gegar Vaganza musim empat (GV4) pada tahun 2017.

    Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, telah menunggu lebih lima tahun dan berkata isu tuntutan hadiah tersebut masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan dan melibatkan khidmat guaman sivil.

    “Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya mulai pagi esok (Isnin) saya terpaksa ke mahkamah untuk ke tuntutan hadiah tanah GV4.

    “Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tidak, elok jangan mimpi nak jadi penaja,” katanya melalui laman Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Aishah berkata dia memilih untuk menyelesaikan isu tersebut di mahkamah kerana sudah lama menunggu hadiah berkenaan serta enggan lagi anak seni dipermainkan.

    “Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yang terbaik. Jangan buat begini kepada anak seni,” luahnya.

    Sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan. Dalam program itu, Aishah mengetepikan peserta akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo.

    Kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM100,00, sebidang tanah lot banglo, pakaj percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala. – Agensi

    Datuk Aishah hampa dan kecewa kerana masih belum menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi ketika menyertai program GV4. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...