Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AITI tekan keperluan peranan wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Sempena Hari Wanita Antarabangsa dalam ICT 2024, Pihak AITI pagi tadi menganjurkan sesi ceramah motivasi dan perkongsian pengalaman dengan tema ‘Kepimpinan’ di Hub Tenaga Dermaga Diraja Brunei.

    Lebih kurang 70 orang pelajar perempuan tahun 7 hingga 11 dari sekolah kerajaan dan swasta menghadiri acara berkenaan.

    Acara dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Penolong Ketua Eksekutif AITI, Dayang Asimah binti Haji Hassan.

    Beliau menyentuh mengenai dengan keperluan kritikal untuk model peranan wanita yang kuat dalam kerjaya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

    Beliau juga menekankan bahawa untuk berkembang maju dalam STEM, pendedahan kepada wanita dalam jawatan kepimpinan adalah penting kepada gadis dan wanita muda untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan kerjaya dalam STEM.

    Dayang Asimah semasa menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut.
    Antara pelajar-pelajar perempuan dari sekolah kerajaan dan swasta yang hadir di acara itu.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...