Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Akasa Air India tempah 150 pesawat Boeing

    NEW DELHI, 18 JAN – Syarikat penerbangan terbaharu India, Akasa Air, berkata hari ini bahawa mereka telah menempah 150 pesawat Boeing 737 MAX kerana mereka ingin memperluaskan armadanya dan memulakan operasi antarabangsa.

    Perjanjian itu memberikan sokongan kepada syarikat penerbangan gergasi Amerika Syarikat (AS), Boeing, yang berada di bawah pengawasan global yang ketat terhadap pesawat 737 MAX 9 miliknya, selepas insiden pada pesawat Alaska Airlines pada awal Januari apabila panel terlepas semasa penerbangan dan memaksa pendaratan kecemasan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Akasa Air, Vinay Dube berkata, tempahan bersejarah bagi pesawat 737 MAX 10 dan 737 MAX 8-200 akan membawa syarikat penerbangan itu dalam laluan untuk “menjadi salah satu daripada 30 syarikat penerbangan terkemuka di dunia”.

    Akasa yang merupakan penyokong kuat Boeing, telah memesan 72 pesawat pada 2021, dan empat lagi pada 2023, dan Dube berkata pertumbuhan Akasa menggambarkan ‘janji yang dimiliki India sebagai pasaran penerbangan’.

    Tetapi pesanan itu tidak termasuk pesawat Boeing MAX 9 yang terlibat dalam insiden Alaska Airline. – AFP

    Para pelawat berkumpul dekat pesawat Akasa Air semasa Pameran ‘Wings India 2024’ di Lapangan Terbang Begumpet, Hyderabad pada 18 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...