Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    SK Serabak, SK Durin Kiba di Sarawak dapat tandas lebih baik

    KUCHING, 18 JAN – Sekolah Kebangsaan (SK) Serabak dan SK Durin Kiba adalah antara sekolah di luar bandar Sarawak yang tidak terkecuali daripada mendapat kemudahan tandas yang lebih baik hasil inisiatif Kementerian Pendidikan bermula sejak Ogos lepas.

    Terletak kira-kira 65 kilometer (km) dari bandar raya Kuching, SK Serabak berada agak jauh dari hiruk pikuk kota, dengan suasana semulajadinya tenang dan nyaman dalam daerah Bau, berdekatan sempadan Malaysia-Indonesia di bahagian selatan Sarawak.

    Sekolah ini hanya mempunyai 82 orang murid dan sebelum inisiatif kementerian ini bermula, keluhan tentang pili air rosak, tandas tidak dapat dipam ataupun pintu bilik tandas tidak dapat ditutup sering menjadi rungutan.

    Namun keadaan mulai berubah sejak November lepas apabila kerja-kerja pembaikan kemudahan tandas di sekolah itu siap, sekali gus merubah persepsi dalam kalangan murid-muridnya setiap kali menggunakan kemudahan itu.

    “Sebanyak lapan unit berjaya dibaik pulih, masing-masing tiga unit tandas untuk murid perempuan dan lelaki manakala dua unit lagi tandas untuk murid prasekolah. Dulu semua tandas cangkung dan tidak begitu sesuai dan selesa untuk kegunaan murid,” kata Guru Besar SK Serabak, Phiong Kuik Fa kepada Bernama.

    Phiong berkata sejak tandas baharu itu digunakan, perubahan sikap murid-murid SK Serabak amat ketara dan beliau amat berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan itu.

    “Mereka cepat menjalankan kerja. Semua tandas cangkung telah ditukarkan kepada tandas duduk dengan kelengkapan yang sesuai seperti bidet, cermin, pili air yang berfungsi dengan baik, untuk murid pra sekolah kita minta size mangkuk tandas yang lebih kecil,” katanya. – Bernama

    Seorang murid menggunakan tandas yang telah dinaik taraf ketika tinjauan Bernama di Sekolah Kebangsaan Serabak pada 15 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...