Saturday, July 27, 2024
26 C
Brunei

    -

    Tanah runtuh di Filipina ragut 6 nyawa, 2 diselamatkan

    MANILA, 18 JAN – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila tanah runtuh melanda sebuah rumah di selatan Filipina hari ini, kata seorang pegawai.

    Kejadian itu berlaku pada sebelah pagi di kawasan pergunungan perlombongan emas di wilayah Davao de Oro di pulau Mindanao, di mana hujan lebat telah mencetuskan banjir dan tanah runtuh minggu ini.

    Pasukan penyelamat telah mengeluarkan enam mayat dari lumpur dan masih mencari yang lain, kata Rhyan Nanca, seorang anggota tidak beruniform Polis Perbandaran Monkayo.

    Nanca memberitahu AFP bahawa dua orang berjaya diselamatkan dari rumah tersebut dan dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk rawatan.

    Datuk Bandar Monkayo, Manual Zamora telah mengeluarkan amaran kelmarin untuk orang yang tinggal di kawasan ‘berisiko tinggi’ di bandar tersebut untuk meninggalkan rumah mereka, ketua kakitangannya, Rodielyn Manugas, memberitahu AFP. – AFP

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...