Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Aktiviti Hari Keluarga RPN Kampung Panaga meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 22 NOV – Keluarga dan rakan-rakan dari kampung sekitar Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panaga telah menganjurkan aktiviti Hari Keluarga pada Ahad lalu yang berlangsung di Panaga Lagoon.

    Ia dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Panaga bersama Persekutuan Baden Powell (BP) Daerah Belait, acara itu diadakan bersempena ulang tahun Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) ke-90.

    Acara itu dimulakan dengan sesi Zumba pagi. Aktiviti-aktiviti seterusnya membawa senyuman dan kegembiraan pada wajah semua peringkat umur apabila permainan yang menyeronokkan itu diadakan dengan pelbagai hadiah yang disampaikan kepada para pemenang. Penduduk dan kanak-kanak yang mencari aktiviti lebih tenang juga dapat menikmati aktiviti mewarna yang diadakan di pondok berhampiran.

    Selain itu, beberapa gerai turut disediakan di sekitar premis oleh pengusaha tempatan yang menjual makanan dan minuman bagi memeriahkan lagi suasana yang menyeronokkan.

    Para peserta mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan semasa acara berkenaan. – GAMBAR DANIEL LIM
    GAMBAR DANIEL LIM

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...