Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Taklimat Kenegaraan kukuh semangat solidariti

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Seramai 66 orang penuntut Sekolah Menengah Katok telah mendengarkan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Program yang diadakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik itu merupakan salah satu usaha berterusan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Taklimat disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua sekolah, Hajah Siti binti Pungut serta para tenaga pengajar sekolah tersebut.

    Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Para penuntut mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah disediakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Awang Mohammad Khaiddir Shah menyampaikan taklimat semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...