Thursday, October 31, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aku tak peduli nama aku buruk! – Norreen

    Pelakon Malaysia, Norreen Iman tidak mampu menahan sabar melihat anak sulungnya berterusan menjadi mangsa buli walaupun insiden itu sudah dilaporkan kepada pihak sekolah sebelum ini.

    Norreen, 30, berkata, dia tidak akan berdiam diri mengenai isu tersebut dan akan melakukan apa juga cara demi mempertahankan anaknya iaitu Ellen yang kini berusia sembilan tahun.

    “Aku sumpah tak boleh tahan, hanya kerana dia tak melawan tak bermaksud dia tak kuat. Mental dia punya kuat sampai ambil masa nak menangis.

    “Kali ini jangan fikir aku Norreen, anggap aku ini mak yang kecewa tengok anak dia sedih dan trauma. Nantilah kita tunggu, Allah ada dengan aku.

    “Tak apa Ellen, Mommy dan Baba ada. Kali ini, aku tak akan diam, kita ikut flow macam biasa,” katanya.

    Menurut laporan mStar, Norreen berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory yang memaparkan video Ellen menangis sambil menceritakan kejadian dirinya dibuli.

    Dalam pada itu, Norreen menegaskan dia sanggup mengorbankan reputasi yang dimiliki asalkan keadilan berpihak kepada anaknya.

    Jelasnya, dalam hal ini dia tidak akan cuba memuaskan hati sesiapa sebaliknya akan berjuang demi anak kesayangannya.

    Sebelum ini, Norreen mendedahkan Ellen menjadi mangsa buli pelajar lelaki di sekolah sehingga menjejaskan kesihatan kanak-kanak itu. – Agensi

    Norreen menegaskan dia tidak akan berdiam diri mengenai insiden tersebut. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda