Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Alaska Airlines temukan ‘banyak bolt longgar’ pada pesawat Boeing 737 Max 9

    ISTANBUL, 24 JAN – Pemeriksaan dalaman yang dilakukan Alaska Airlines ke atas pesawat Boeing 737 Max 9 miliknya menemukan banyak bolt longgar pada jet itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ben Minicucci kelmarin.

    “Saya lebih daripada kesal dan kecewa, saya marah. Perkara ini berlaku kepada Alaska Airlines. Ini berlaku kepada tetamu kami dan berlaku kepada kakitangan kami.

    “Permintaan saya kepada Boeing ialah apa yang mereka akan lakukan untuk meningkatkan program kualiti dalaman mereka,” kata Minicucci semasa bercakap dengan saluran media Amerika Syarikat (AS) NBC.

    Sebelum ini, Alaska Airlines membatalkan beberapa penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX 9 selepas panel pada kabin sebuah jet tercabut semasa penerbangan Alaska Airlines awal bulan ini, memaksa pesawat mendarat cemas. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...