Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Alcaraz harap pertahankan kejuaraan Terbuka Madrid

    BARCELONA, 16 APRIL – Carlos Alcaraz berharap untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Madrid tetapi pemain nombor tiga dunia Sepanyol itu kelmarin berkata bahawa dia tidak pasti sama ada dia akan cergas sepenuhnya.

    Alcaraz menarik diri daripada Terbuka Barcelona pada Ahad disebabkan oleh kecederaan pada lengan kanannya dan menjelaskan keadaan kecergasannya sekarang.

    Terbuka Madrid bermula pada 22 April dan Alcaraz berkata matlamatnya adalah untuk bermain di sana selepas menarik diri daripada Masters Monte Carlo pada awal April dan kemudian dari Barcelona, dengan Terbuka Perancis semakin hampir.

    “Niat saya ialah untuk beraksi di Terbuka Madrid, tetapi saya tidak pasti tentang apa-apa,” kata Alcaraz kepada wartawan.

    “Saya tidak mahu terlalu yakin, saya tidak mahu mengatakan bahawa saya akan berada pada tahap 100 peratus di Terbuka Madrid, tetapi itulah hasrat saya.

    Reaksi Alcaraz semasa perlawanan suku akhir perseorangan lelaki Terbuka Australia di Melbourne pada 24 Januari. – AFP

    “Kami akan cuba dan melakukan segala yang ada dalam kuasa kami,” ujarnya.

    Alcaraz telah memenangi dua Grand Slam dan sedang bersiap sedia untuk Roland Garros yang bermula pada 26 Mei, setelah mara ke separuh akhir tahun lalu di Paris.

    Pemain berusia 20 tahun itu berkata dia ingin bermain di Barcelona selepas memenangi kejohanan itu dalam dua tahun terakhir.

    “Saya pulang ke rumah dari Monte Carlo untuk melihat sama ada dengan pemulihan, hari, latihan dan kesabaran saya boleh tiba di Barcelona dalam keadaan terbaik,” kata Alcaraz.

    “Saya melakukan ujian pada pagi Sabtu dan imejnya agak positif tetapi pada Ahad ia tidak berjalan seperti yang diharapkan, setiap kali saya meningkatkan intensiti pada bahagian kanan saya, ketidakselesaan meningkat,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...