Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Tiga maut akibat batuk kokol di Czech

    PRAGUE, 16 APRIL – Republik Czech telah dibelenggu jumlah kes batuk kokol yang semakin meningkat dan wabak yang berkembang pesat itu telah membunuh tiga orang, kata pihak berkuasa kesihatan, kelmarin.

    Negara dengan 10.9 juta orang itu telah mencatatkan 7,888 kes penyakit pernafasan tahun ini, kata Institut Kesihatan Awam Negeri. Minggu lalu, pihak berkuasa kesihatan mencatatkan 1,494 kes baharu, peningkatan mingguan terpantas tahun ini. Seramai 183 dimasukkan ke hospital.

    Penyebaran ini adalah yang paling teruk sejak 1959 apabila vaksinasi bermula, rekod kesihatan rasmi menunjukkan.

    Vaksinasi adalah wajib di Republik Czech, tetapi ia bukan untuk seumur hidup dan sesetengah orang menolak.

    Remaja adalah kumpulan umur yang paling teruk terjejas kerana ibu bapa sering mengabaikan vaksinasi semula yang disyorkan pada usia 10 hingga 11 tahun, kata Ketua Pegawai Kesihatan Awam, Pavla Svrcinova.

    “Daripada jumlah itu, 5,808 orang telah diberi vaksin,” kata institut negeri itu dalam laman webnya. Tiga orang yang menghidap penyakit itu telah meninggal dunia tahun ini, iaitu seorang lelaki berusia 62 tahun; seorang wanita berusia 84 tahun; dan seorang anak damit baru lahir. Semua juga mempunyai masalah kesihatan lain. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...